Thursday, April 8, 2010

KISAH TEBUAN TUMPANG


wujudku di dunia ini dengan keadaan yang lansung tak faham.aku tidak faham dengan keadaan dan kasta yang aku duduki.mengapa aku lahir sebegini, apa kurangnya aku hingga dilahirkan sebegini rupa? adakah hinanya aku lansung diterbitkan di dunia nyata sabagai hanya seekor tebuan? hanya menumpang dan melukut dalam alam yang serba kaya ini. aku tidak wajar sebegini. mempertikai apa yang telah di qada' dan qadar kan kepada aku. inilah aku...aku hanya seekor serangga di dunia-Nya. seekor tebuan yang hidup berkasta lagi berkelas2.

suku-sakatku telah sedia bersarang di sini. di tepi tingkat tandas sarang aku berada...kenapa? aku pun tidak tahu akan hal sebegini. hal ini sedia maklum sejak aku lahir di muka bumi ini lagi.sejak aku kecil aku telah bekerja dengan rajin dan tanpa henti. aku pun tidak tahu mengapa aku begini. bekerja tanpa hirau akan keadaan diriku ini, juga tidak aku hirau akan keadaan sekeliling aku.sesekali aku terlihat sang manusia pemilik rumah kuarters ini...guru mereka ini. lima kepala mereka semua. aku tidak gemar menggunakan penjodoh bilangan 'orang' kepada mereka ini kerana aku terlalu cemburu akan kejadian mereka. biarlah seakan kurang sopan dan kurang akhlak, asalkan hati aku selesa dan nyaman menggelar mereka begitu.


aku lihat santai benar si lima kepala ini. waktu bekerja mereka hanyalah seawal pagi pukul 7.30 dan pulang tatkala pukul 1 tengahari. cuma kadang-kadang ada diantara mereka itu pulang lebih dari awal kebiasaannya dan ada jua yang pulang sedekit lewat. selepas itu akan makan dan tidur petang...bangun pula sudah hampir senja dan tatkala itu mereka akan keluar bermain..malam jua mereka tiada entah kemana mereka pergi..dan selepas itu mereka akan tidur. inikah peri si manusia yang di muliakan ini. di anggaap sebagai khalifah dan memiliki takhta tertinggi di bumi, tatapi sifat malas dan alpa sentiasa menusuk segenap jiwa mereka.

aku berpendapat bahawa aku lebih baik. bekerja dengan keredhaan. beribadat pd Tuhanku tanpa henti. tidak berbuat ma'asi dan lagha.tidak pernah mengingkari perintah-Nya apatah lagi menderhakai-Nya. tapi hakikat sebuah kejadian bahawa aku hanyalah seekor tebuan tumpang. hanya serangga yang tiada diberi perhatian. pasti ada kebaikan aku dijadikan sebegini. aku redha sekali lagi. bekerja memerah keringat tanpa henti. sejak mentari terbit hingga senja menjelang aku bekerja tanpa henti. aku kagum dengan diri sendiri. aku berasa ujub dan takabbur. aku tidak kenal erti penat dan lelah walau aku hanya serangga kerdil. aku tidak boleh begini. ini bukan sifatku..maafkan aku ya Tuhanku.

mukaddimah ini terlalu panjang, hanya untuk membangkitkan rasa dengki aku pada si kepala-kepala di alam ini. jelas aku tidak pernah nampak atau rasa apa istimewanya si kepala-kepala ini.

aku salalu melintasi ruang angkasa rumah mereka. melalui segenap ruang-ruang yang ada. melalui lubang-lubang. melalui bilik-bilik mereka. kadang2 aku mengintai mereka. apa yang mereka lakukan dalam bilik. benar sejak kejadianku ini tidak ada nafsu untuk berhenti bekerja. tetapi bagi si lima kepala ini bercabang benar nafsu mereka. satu manghala kearah juadah pelahap mereka, arah tidur rehat mereka dan syahwat mereka. berdendam sungguh aku dengan mereka ini.

pada sekian suatu hari, bermula seperti biasa bagiku dan si lima kepala. pagi indah disambut gembira dan syukur bagiku, tapi penuh keluhan bagi si lima kepala. aku terdengar di kala aku terbang melintasi kawasan makan mereka itu. kemalasan membebani nadi dah darah. kerahan yang terpaksa itu sememangnya jauh dari rasa keikhlasan. aku mengomel, "malas dan jauh dari syukur kamu ini, kufur nikmat!"

aku pergi bekerja, kerjaku memungut debunga sepanjang masa. jika kalian berada di kawasan berbunga padat dan rapat, sesungguhnya itu adalah usaha dan segala daya aku. ketika aku menapak di atas kelopak bunga ke bunga yang lain, secara sedar atau tidak tindakan aku ini membolehkan pohon bunga sekitar aku ini memekar. gemar aku melakukan kerja ini berulang-ulang. sejak pagi hinggakan ke petang. hari demi hari, bunga jua berganti bunga.

mungkin hari ini rezeki kurang menyebelahi. segala tindak tandukku di rasakan betul janggal perilaku diri ini. sesuatu pasti berlaku. tp apakah ia. aku tidak peduli, tidak mudah aku terganggu dengan mainan emosi ku ini. bukan seperti mereka si lima kepala itu. nafsu mudah benar mengalihkan perhatian mereka daripada meneruskan ibadah wajib mahupun yang sunat. kerja aku tidak berat dinihari, aku rayau. meneroka kawasan baru yang dirasakan berpotensi untuk melebatkan pepohon dengan bebunga.

aku hampa, keadaan rembang ini mambantutkan sang bunga untuk memekar. aku hampa, alam hampa, hati hampa, jiwa hampa. hanya iman dan ibadah yang utuh dalam diri. namun hati tetap kurang enak. aku pulang petang malalui jalan singkat. terbang melalui kawanan si lima kepala itu. aku fikirkan segala biasa saja. namun keadaan kini berbeza. asyik aku membangga tentang diriku tiba2 angin kipas memesongkan arah haluanku. secara tidak sengaja aku telah terbang rendah dari yang sepatutnya. sama satu aras dengan mata si satu kepala yang tinggi.

refleksnya amat pantas, segera penyapu di capai dan dihayun ke arah badanku, aku cuba mengelak. dan elakanku itu hanya berjaya untuk beberapa pukulan. pukulan pertama, kedua dan ketiga tersasar, tetapi angin lalu menyebabkan aku kurang stabil. lantas pukulan yang keempat mengena hujung ekorku. dalam kadaan sebegitu, telingaku segera sensiitif. aku terdengar sorakan. sorakan yang mamuji antara si lima kepala itu kerana berjaya manjatuhkan aku. aku memasang sengatku. kalau2 ada isi yang dapat aku tusuk.

salah satu antara si lima kepala itu datang menghampiri. di tangannya terdapat racun serangga yang aku kenal benar jenamanya. aku memejamkan mata dan berserah. lantas aku disembur dengan racun itu. sesak aku rasakan tetapi aku masih menahan nafasku. aku berserah pada yang Esa. dendam dihati belum terbalas. aku tidak mahu mati begini. mati dengan tidak memberi pengajaran pada si lima kepala itu. semburan racun membuatku berpinau. aku menanti hentakan demi hentakan tetapi tiada. seketika aku diatas lantai, tiada lagi kedengaran suara bermalas mereka.

aku pasti mereka itu telah keluar bermain, saat petang bermain menjadi perkara utama mereka. aku terus berserah dan menanti ajal. saat ini keadaan sunyi dan kelam. nampaknya ajalku semakin hampir. ini pasti. tubuhku ini tidak dirasakan apa2 lagi. badanku ini lumpuh. sayapku tidak lagi dapat bergerak. sesungut juga tidak dapat bergerak. aku tidak rasa apa-apa. sepoi angin ini tidak lagi dirasa. sejuk tikar plastik ini juga begitu. jadi apa yang aku rasa sebenarnya?

dendam...! itulah yang pasti.

dalam kekalutan monolog dengan diri ini, terdengar hilai tawa dari jauh. barangkali bukan aku mendengar.telinga ini tidak lagi dapat mengesan apa2 bunyi. tapi ianya tetap terngiang. sebagaimana sifat manusia yang selalu terlupa, aku yakin si lima kepala ini terlupa tentang aku. barangkali aku telah mati bagi mereka. salah seorang datang dan duduk diatas sofa yang tidak berkusyen. kakinya betul2 dekat dengan aku. azam diriku memuncak. sensasi meletus dan adrenalin mengalir laju. aku bertekad untuk menyengat di isi dan kulit yang hampir.

saat ini sang manusia masih lagi alpa dan lupa. tapak kakinya diangkat menggedik dan menggoyang. aku tidak pasti keriuhan yang berlaku tetapi dengan tidak semena, kaki sang manusia ini di pijakkan ke atas badan aku. aku menanti saat ini, aku terus mencuba menusuk sengatku ini. tepat masuk ke dalam isi dan menembusi kulit.
::::SIAP!::::
keterlajakan ini tidak lagi dapat di undur secara pastinya. dan aku berjaya melepaskan bisa aku ke dalam ruang isi dan darah.

aku mengerahkan tenaga yang terakhir, saat ini sang pelupa itu mengerang kesakitan. kaki segera disentap namun ternampak kembang kesannya. pantas benar bisa terakhir ini bertindak. saat ini aku melepaskan nyawaku. kaku aku sendiri dalam kekalutan dan kekecohan. aku lega melunaskan dendam pada manusia ini.beginilah pengakhiran hayat diri, mati dalam keadaan yang membenci lagi di benci. berbaloi kematianku ini kerana mengingatkan si satu kepala itu kepada-Nya. mendekatkan dirinya dengan Tuhan.dan semoga dendam aku ini kekal mendekatkannya dengan Tuhan.selamat tinggal~

No comments: