TIPS:::19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

22.5.12

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

DSC_4537

copy paste from www.loveloveislam.com

CERAMAH:::UAI DIBATALKAN DAN JAKIM TARIK BALIK TAULIAH USTAZ BERCERAMAH DI PICC.

21.5.12

Jakim.Ya jakim memainkan peranan penting dalam isu neh. Kita dimaklumkan bahawa jakim telah menarik balik tauliah dari ustaz azhar idrus untuk berceramah di PICC, putrajaya convention centre. Pada mulanya mereka cakap ia cuma ditangguhkan ke satu tarikh yang sesuai. Sebab2 penangguhan dibuat kerana ia serentak dengan satu program anjuran kerajaan pusat. Dibimbangi program anjuran kerajaan pusat tidak akan mendapat sambutan hangat berikutan ustaz azhar idrus juga bakal mengadakan program pada hari yang sama maka ia ditangguhkan.Konon nya nak bagi laluan kepada najib dan kerajaan pusat disamping mengelakkan heavy traffic jam pada hari tersebut. Namun satu persatu spekulasi mula timbul. Ada yang bagitau setiausaha najib telah mengarahkan jakim agar menarik balik ketauliahan ustaz azhar idrus agar dia tidak boleh berceramah di sekitar wilayah persekutuan pada masa akan datang. Maksudnya kat sini program tersebut bukan sahaja ditangguhkan malahan terpaksa berpindah lokasi berikutan keputusan drastik JAKIM terhadap ustaz azhar idrus. Aneh juga difikirkan. Oleh kerana ustaz bukanlah seseorang yang pro bn maka secepat kilat jakim bertindak. Malahan lebih cepat dan pantas berbanding tindakan terhadap penulis pro lesbian yang telah bertapak di malaysia selama 3 hari.Err kejap. Sampai sekarang pun mana ada tindakan dari jakim terhadap penulis yang dipercayai pro lesbian tu. Mereka hanya keluarkan satu kenyataan bahawa mereka akan perhatikan. Ya, sekadar perhatikan. Tetapi tindakan terhadap ustaz yang mahu memberikan kuliah agama pula dihalang. Logik ke? Berikutan spekulasi yang tersebar itu ramai peminat2 ustaz azhar idrus marah. Aku pun marah juga. Kenapa pula jakim sibuk nak tarik tauliah dari ustaz yang nak sebarkan ilmu agama berbanding perkara kat bawah neh ;Ada benda yang patut disekat, jakim taknak sekat. Apa benda yang tak patut disekat, jakim sibuk nak sekat. Apa peranan jakim sebenarnya neh? Membantu penyebaran dakwah islam ataupun menyukarkan ia? Sapa tahu jawapan sebenarnya? Sozcyili : Nak buat kuliah agama islam pun dilarang.. tapi bila orang murtad pongpang2 salahkan orang kafir.. tapi siapa punca seme tue ek?

TAK PA USTAZ, TAK BULIH KT PICC KITA BUAT KT TPT LAIN…LA NI SEMUA UMAT DAHAGAKAN ILMU…TAKBIR!

MAKLUMAN:::BULAN ALLAH

Esok 1 Rejab~ Kelebihan bulan Rejab

1.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

SYUKUR:::sabar masih diperlukan

19.5.12

okeh juz nk habaq mai ni…arini dah bleh cek permohonan pertukaran, tp tidak diluluskan pun…rasa apa?marah?sedih?terkilan dan kesal?

tak…rasa bersyukur, mungkin tahap kesabaran n doa pd Allah belum cukup, so xdpt la pindah lg…tak pa ya Allah aku redha..

dari-Mu dtg segala kebaikan dan dariku ialah keburukan semata2…aku terima ketentuan-Mu

aku bersyukur dengan ujian-Mu kerana rasa dikasihi dan diberi perhatian khusus oleh-Mu…sujudku hny untuk-Mu,amin~

PESAN:::tolak riba

18.5.12

ok semua sekalian, riba yg aku maksudkan bukanla ribaan isteri @ boifren @ ibu…tp ni kes riba dr muslihat2 bank…

maklum semua tahu yg org gomen ni dpt kenaikan gaji 13%, jadi ramaila ajen2 yg cuba mengambil peluang dengan mengajak guru2 ni membuat simpanan tetap la, beli emas online la, segala jenis MLM la…

so aku tak terkecuali sebab ada satu agen insuran terkenal dtg sekolah, aku dh ckp aku tak berminat sbb aku dah ada sendiri pny..n dia pulak pandai, dia suruh aku tgk balik berkenaan TABUNG SIMPANAN.

tabung simpanan ni camni, klorg wat 1 simpanan jangka panjang yg nilai dia mencecah 20k apabila cukup tempoh matang 20 @ 21 tahun. tp pulangan yg korg dpt tu mencecah 40k

bila pas tahun ke 5 korg akan dpt setahun rm500 stp tahun, pas tahun ke10 korg dpt setahun 1k stp tahun n bila tamat tempoh dpt pulangan sehingga 29 k tak termasuk yg korg dpt stp tahun tu…cmana tu?

aku pada mulanya gelap mata juga, sbb nilai simpanan bulanan tu ciput sgt…celah gigi ja nk bayar…tp bila aku pikir balik, dgn apa y aku dah ngaji sikit2…watpa aku nk makan duit bonus+dividen+riba tu?kn bnda tu salah…

ya aku tau, sapa yg tak mau duit, agen kata cuba try mintak kt abang2 atau adik kita rm500, kompon susah dpt kn?ni menabung tp cukup masa dapat rm500 stp tahun, buleh pakai belanja anak, bayaq cukai rumah, bayaq insuran n road tax keta n mcm2 kn?

so aku punyala konsider dr awai rentetan sampai la ke masa akan dtg, aku rasa baik aku xpayah wat bnda ni…untung mmg untung dari segi duit, sapa yg takmau duit kn…

tp aku pikir demi nak bg anak bini n family makan sumber rezeki yg halal dari tgn aku yg ragu2 ni, baik aku xpyh subscribe bnda tu…kn?

aku nk sucikan sumber pendapatan aku, supaya bersih semua hati anak bini n keluarga aku…biaq la aku hidup sederhana n akan aku usahanakn dgn cara yg lebih afdal utk mencukupkan rezeki…

hehe~