Saturday, April 3, 2010

AIR ITU SUMBER KEHIDUPAN

air itu sumber kehidupan. manakala hujan itu adalah rahmat. kalau kita belajar sains, jelas sekali bahawa "water is the basic need of life". dari kecil hingga besar kita semua bergelumang dengan air. dalam badan kita ini jua terdapat 70% air, begitu juga dengan bumi kita. tidak kira apa yang kita lakukan pasti menggunakan air. jadi sesungguhnya benar yang air tu sangat penting untuk kehidupan.

jika kita hidup di kawasan yang berkemudahan, amatlah senang untuk kita memperoleh sumber air yang bersih. hanya dengan memusing kepala paip maka mencurah air yang akan melimpah. jika satu kawasan terdapat catuan air, maka bisinglah seluruh kawasan. keluarlah aduan dalam akhbar mahupun media tentang perasaan tidak puas hati penduduk setempat.

ini bukanlah satu aduan. ini hanyalah monolog diri sendiri. di kawasan tempat aku bertugas ini sumber air yang bersih adalah tidak menentu. semuanya bergantung harap dengan air hujan yang ditakung di dalam tangki sendiri. sukar aku terima kenyataan ini semasa aku mula memasuki kawasan ini dahulu.

kini sudah setahun aku bertapak di bumi nyata ini. sumber air adalah sesuatu yang tidak boleh disia-siakan. air sangat penting bagi meneruskan kehidupan. hujan membawa sumber air yang bersih untuk mandi, masak, minum, membasuh dan segalanya.

jikalau tiba waktu kemarau, semua kami akan menjadi risau. kesukaran untuk menyimpan air membuatkan kami berusaha sedaya-upaya untuk menggunakan air seminima mungkin bagi membolehkan kami tidak terputus bekalan.

jika hujan turun,maka kami akan bergegas mengosongkan timba, baldi, malahan tong sampah demi menadah setitis air rahmat. jika hujan tidak turun dan bekalan air terputus, maka kami akan mandi di sungai yang berhampiran. pernah juga kemarau melampau melanda tahun lepas, hingga kami terpaksa membasuh menggunakan air sungai, manakala untuk membilas beras pun terpaksa menggunakan air sungai. kami juga terpaksa bergantung harap kepada sumber air alternatif iaitu dengan cara membeli berkotak-kotak air mineral bagi memudahkan kami untuk minum dah juga memasak.

monolog diri ini bukanlah rungutan...monolog diri ini hanyalah buat tatapan kepada semua yang begitu mudah mendapatkan air dan mudah juga untuk membazirkan air. hargailah air yang begitu mudah didapati di kawasan anda. dan bersedialah dengan keadaan sesukar kami jika bertugas di kawasan pedalaman ini...ehehe~



No comments: