Saturday, March 27, 2010

Pilihlah Barisanmu...

kita adalah insan biasa di dunia-nya. tidak kita dipandang tinggi di sisi-Nya jika berharta, kerana kegagahan tubuh atau kelancangan bersuara. aku jua adalah insan biasa. biasa saja seperti kalian semua. tetapi di sisi-Nya, apa yang membezakan segala sesuatu walau sebesar zarah adalah amal dan keimanan yang ada dalam diri.

hidup kita sentiasa diberi pilihan, sejak dari lahir hingga kesaat ini terus menerus diberi pilihan walau untuk melakukan apa yang tidak pernah disarankan-Nya. ini kerana dunia ini bukanlah apa2 bagi-Nya..tidak ada nilai melainkan ibadat kita kepadanya.

pilihan kita sewaktu hidup di atas dunia ini sebenarnya persis sekali dengan barisan yang akan ditetapkan kepada kita di Mahsyar kelak. di bayangkan bahawa Mahsyar itu ada tanah lapang seluas pandangan. tiada berbukit dan tiada kawasan yang lebih rendah dari kawasan yang lain. segalanya begitu sama sekali.

sesudah kita dipanggil bangun semula, kita akan keluar dari tanah kubur dengan barisan2 yang mewakili cara hidup kita di dunia selama ini.

semua sekali terdapat 12 barisan. barisan yang pelbagai. mungkin sekarang kita masih terasa remeh, masih terasa lambat lagi kita akan meninggalkan dunia. tetapi apa yang kita lupa ialah apabila kita bangun setiap pagi, Dia telah mangambil masa semalam kita itu tanpa dikembalikan lagi. kita mungkin bersyukur dengan permulaan hidup seawal bangun pagi kita, tetapi perkara semalam yang telah berlalu adalah amat rugi jika kita tidak mengingati-Nya...

nauzubillah...

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah: Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.¡±(Surah an-Naba', ayat 18).

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab: "Wahai Muaz, engkau bertanyakan kepada aku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri."

barisan 1
Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih bermaksud: "Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya."

barisan 2
Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi hutan.Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu ialah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka."

barisan 3
Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai, perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 4
Barisan keempat, diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

barisan 5
Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

barisan 6
Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan.Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu. Inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.

barisan 7
Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.Mereka ialah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 8
Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 9
Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 10
Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 11
Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta keluar beraneka kotoran.Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

barisan 12
Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka ialah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat.Maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha Pengasih".

jadi sekalian, inilah barisan-barisan yang akan mewakili kita. segala pilihan kita di dunia ini akan mengarahkan kita kepada barisan2 ini. tiada lagi yang dapat berselindung, menutup atau merasa hipokrit mengikut agama sendiri lagi.

ketika dan saat ini adalah benar belaka berdasarkan kepada firman-Nya. mungkin masa sekarang ini kita tidaklah sesempurna mana, tapi percayalah bahawa masih terdapat ruang pengampunan dari-Nya. janganlah kita menjadi orang yang mengecap nikmat dari-Nya tetapi mengumpul kemurkaan-Nya sahaja.

jika benar imanmu berkata bahawasanya Allah ialah tuhanmu yang satu dan Islam adalah agamamu, maka ikutlah cara agamamu tanpa pertikaian dan prejudis. kerana saat sesal kita di sana tidak lagi boleh diundur. tidak mugkin...

jika dikira dari peratus barisan2 itu. yang 11 membawa kita ke arah Neraka Jahannam, manakala satu baris sahaja yang membawa kita ke Syurga. 1/12 membawa maksud peluang kita untuk ke Syurga hanyalah 8.33% manakala 91.67% lagi menyumbang ke Neraka. jadi, pilihlan seadanya.

benar aku katakan bahawa diantara barisan yang pertama hingga kebarisan yang ke 11 itu terdapat sifat2 aku sendiri yang boleh membawa aku mengikut barisan ke Neraka. aku sendiri gentar bila terbaca akan hal ini. baru aku sedar aku tidaklah sebaik mana di atas pentas dunia ini. gentar bertambah2 lagi bila terbayangkan bila aku berada di depan-Nya untuk dihitung kelak.

akan tetapi aku sedar bahawa Dia sentiasa memberi ruang untuk aku berubah sedikit demi sedikit untuk memperbaiki 'performance' aku sebagai hamba di dunia ini. Ya Allah~ampunkan aku yang sentiasa lalai memperuntukkan waktu beribadat menyembah-Mu.

amin~~~

No comments: