Wednesday, March 31, 2010

~alangkah bahagia~



seperti yang anda semua sedia mengerti
aku adalah seorang guru cabuk di pedalaman
anda semua pasti menjangka bahawasanya tempat ini tandus dan serba kekurangan
pastinya anda tidak sanggup untuk berhidup di kawasan sebegini rembang

bagi aku si guru cabuk
kawasan ini memberi ketenangan yang kepalang
ini adalah tempatku berkhidmat
ini adalah tempat aku mencipta dan menerima kasih sayang

ingin aku sampaikan bahawa aku amat bersyukur
walau hidup di kawasan yang serba daif
akan tetapi segalanya amat mencukupi bagi aku
nafsu ini tidak terlalu meluap untuk mencari lampu neon kota
laksana kupu-kupu malam mancari cahaya

si tegar dan si bedebah ini sentiasa membahagiakan
alam juga berusaha membahagiakan
semua bekerjasama dalam satu ikatan yang tidak kelihatan
hanya untuk membahagiakan seorang yang asing sepertiku
guru cabuk ini masih lg kental
kental untuk kerahkan keringat pada-Mu
pada anak bangsa dan jua alam semesta

nafsu memberontak mahu berhidup di hutan batu,tempal asalku
hati dan jiwa pula memujuk untuk terus memajukan kawasan tandus
iman mempelawakan aku keredhaan
dan aku sedar rahmat Tuhan itu sentiasa mengiringi dgn berkat

jadi di sini selama ini
aku berpijak aku berkhidmat
kegembiraan dan bahagia itu sentiasa membelai jasad dan perasaan
sentiasa dan selalu
hanya dengan sedikit pengorbanan dan sabar

No comments: