Friday, March 26, 2010

Biarkan manusia-manusia dengan hiperbolanya


Gemar aku katakan bahawa hidup ini indah. Pengertian indah itu adalah amat subjektif kepada yang benar-benar bersyukur. Separuh manusia menganggap indah itu ada dimana-mana, sesetengah jua percaya bahawa indah itu dapat dikecapi selepas duka. Yg lainnya pula pernah merasa saat terindah di dalam kesukaran mereka. Hidup ini hanya sekali. Bukanlah kita mempunyai sembilan nyawa. Tidak juga kita memiliki dunia ini selamanya dengan cara kelahiran semula. Adalah amat perlu aku katakan bahawa dalam hidup kita yang kesekiankali ini, ia perlu di manfaat dengan sesempurna mungkin.

Di dunia terdapat berjenis-jenis manusia. Bermacam sifat, bermacam ragam dan berlainan kelakunya. Ini amat benar sekali kerana dalam setip detik kita manusia berubah. Manusia bukanlah tunggul kayu atau tugu batu yang tak akan berubah. Manusia di berikan iman. Setiap kita berbaloi mempunyai iman dalam hati. Cuma kita sendiri sahaja yang tidak sedar di aras mana iman kita itu.

Suka sekali aku bilang pada kalian. Semua kita mempunyai asas iman dan asas kepercayaan beserta kecenderungan untuk menuju kearah sesuatu dalam hidup. Itulah dia iman. Iman kita mampu berubah dalam sekelip mata. Iman kita bukanlah setinggi iman malaikat lagi stabil yang tidak pernah berkurang walau sekelumit. Tidak juga iman kita selemah syaitan nirrojim yg sentiasa berada di aras yang paling bawah.

Ingin aku tegaskan dari ayat di atas bahawa syaitan juga mempunyai iman, Cuma mereka2 itu tidak akur lagi tunduk pada Yang Kuasa.

Jadi bagaimana kita sekalian manusia? Mana iman kita? ganjaran kehidupan di beri setiap masa. Setiap udara kita bernafas ini tidak pernah kita hargai apatah lagi dikenang. Tetapi tiada sedar di hati bahawa udara itu adalah nikmat kurniaan-Nya walaupun kita sedang melakukan perkara yang tidak di redhai dengan setiap hirupan nafas.

Manusia itu sentiasa hiperbola. Perkara mudah, kecil dan sekelumit itu di besarkan dengan api yang di simbah minyak tanah.buat apa selalu berhiperbola? Adakah simpati manusia di sekeliling kamu menjadi sesuatu tagihan?

Ada sebuah pepatah Inggeris mengatakan “don’t try, just do”. Benarlah pepatah itu kerana keter’agakan diri kita mengundang seribu nestapa. Salah satu tujuan diciptakan hati pada setiap manusia adalah kerana untuk membenarkan sang syaitan nirrojim menyusup masuk ke dalam diri kita.

Jadi dengan nikmat yang sentiasa diberi dan diguna tanpa terima kasih itu wajar di hargai dengan sedikit pengakuan di hati setiap manusia bahawa kitalah yang kerdil..kitalah hamba itu…



No comments: