Wednesday, April 24, 2013

Jangan dicampak syurga itu

Assalamualaikum wbt…hari ni bicara rohani sikit…

dah menjadi lumrah manusia utk tidak menghargai apa yg ada di sekelilingnya….namun apabila sesuatu itu kabur dan sudah tiada dari pandangan mata maka barulah kekesalan timbul di hati…

maka di sini aku tegaskan bahawa bertuahlah kamu sedandainya masih mempunyai ibu dan bapa…bagi mereka yg sudah kehilangan ibu bapa pasti terkesan…

dengan adanya ibu bapa di sisi, maka berbaktilah…berlembutlah dengan mereka, layanlah mereka umpama raja, penuhilah hajat2 mereka sekadar yang termampu, dan berusahalah untuk membahagiakan mereka…

anda kenal ibu dan bapa anda, bukanlah mereka meminta emas seguni atau dua, cuma secebis perhatian saja…maka janganlah dikecilkan hati mereka…kerana perbuatanmu itu bakal mencampakkan syurga2 kamu dengan tanpa sedar….

percayalah bahawa rezeki dah berkat itu juga adalah dari doa ibu dan bapa…lama mana sgt mereka nk berhidup di dunia ini sebelum mereka tiada?mungkin tahun ini atau tahun depan?atau dua @ tiga tahun?adakah itu masa yg lama utk kamu memberikan perhatian kepada org tuamu?

patuhlah kepada mereka, agar mereka merasa senang dengan adanya kamu di sisi mereka…

CIMG0118

ni gambaq lama~

No comments: