Monday, April 8, 2013

Bila dah pergi ke negeri orang~

Assalamualaikum…untuk makluman aku dh pegi melawat Medan, Indonesia bersempena dgn promotion tiket yg aku dpt…banyak pengalaman yg aku dpt bila aku muhasabah diri setelah balik ke tempat sendiri…

masa mula2 sampai sana, aku rasa cangak sangat sbb first time tempat org, terpinga2, n rasa bersedia untuk kena kencing, sembelih dan ditipu…ternyata firasat aku meleset…bila dipikirkan, aku rasa bahawa aku ni yg double standard…

aku dah tengok sendiri kehidupan org kat sana, aku sempat la jugak bersembang2 dan berunding2 dengan org2 di Medan…dan aku rasa bahawa aku sbg org Malaysia ni yg sombong dan memandang rendah akan org lain…astaghfirullah~

betapa susahnya org sana struggle meneruskan hidup dengan apa yg diorg ada ja…tidak bermewah2 apatah lagi angkuh dan bongkak…

layanan yg diberikan pun sangatlah baik, servis baik dan mereka sebenarnya tiada prejudis terhadap siapa2…aku pernah naik 1 becak dengan pakcik ni, hrga asal deal dgn dia mulanya 15 ribu rupiah, tp memandangkan aku takdak wang kecil masa tu maka aku pun bg la pakcik tu 16 ribu rupiah…n aku tunggu balance seribu rupiah tu…bila dia tak pulangkan balance aku rasa sgt bengang, “dia nk tipu la tu”…tp bila pk2 balik setelah naik atas bilik, seribu rupiah tu hanya bersamaan dengan 30sen…tadak guna aku nk tensen2…

servis makanan dan layanan semua baik2 kat sana, tadak pun aku rasa org pandang aku sampai aku tak selesa…

aku akan berkunjung lg ke sana atau kemana2 tpt di Indonesia….rasa mcm jatuh cinta plak dgn Indonesia…hihi…n Indonesia mengajar aku untuk menjadi insan yg lebih merendah diri bila berhadapan dengan org lain…

tak perlu nk double2 standard sbb kita ni menusia biasa ja, Melayu serumpun jugak…

es teler

No comments: