Thursday, August 11, 2011

Mesej pendek dan Mesej panjang…

Mesej pendek:::-

bulan posa setan xde, jadi kita jgn mempersetankan diri sendiri n org lain pulok!

Mesej panjang:::-

Assalamualaikum…salam ramadhan, semoga kita memperoleh ramadan yg berganda2 nilainya seperti yg telah dijanjikan.Sebagaimana yg diketahui oleh umat Islam sedunia, apabila kita nampak anak bulan ketika menunggu masuknya bulan ramadhan ini, maka seluruh umat islam dijatuhkan untuk mentaati satu hukum wajib iaitu berpuasa yg merupakan salah satu rukun dalam agama kita.

mengikut apa yg telah dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus, puasa ialah fardu ain dan kita wajib beramal dengannya. apa yg dimaksudkan dengan fardu ain ialah semua wajib dan semua org Islam difardukan untuk berpuasa pada bulan ramadan.

kalo umat islam ingkar perintah wajib puasa ni jadilah dia org kafir (nauzubillah), mengingkari perintah puasa ni sabitnya ia keatas hukum menjadi murtad. kalo tinggal puasa dengan sengaja atau dalam bahasa org kita mudah paham ni dikatakan malas nk puasa, jadilah dia org2 yg fasik…

apabila tiba bulan ramadhan yg mulia maka semua kerabat syaitan dirantai dan dilarang daripada mengganggu anak2 Adam untuk mengerjakan amal ibadat dan terhindar dari bisikan syaitan2 durjana.

jadi kat sini cuba kita tanya tgk, ada tak perbezaan masa bulan posa dengan masa bukan bulan posa?

ada peningkatan amal soleh ka tidak?

solat tinggai ka tidak?

baca quran lebih sikit dak?

mulut jaga ka tidak?

kesucian hati tu cmana?

bg pihak aku sendri pulok, dalam diri aku ni sendiri, aku usaha supaya tak tinggai solat, pastu lebihkan sikit mengaji tu, ngantok ka malas ka, lawan malas tu jugak2…huhu. tareweh tu kdg2 wat n kdg2 tidak…mulut tu cuba kureng sikit ckp merapu2, n bila berbuka n bersahur tu jgn membazir…aku rasa kesal sgt2 kalo pas berbuka tu ada lebihan y terpaksa aku buang.

jadi kat sini aku nak mengajak n menyarankan supaya dibulan posa yg xde syaitan ni, kita try la berusaha utk meningkatkan amal soleh kita ni (kt sini org akan ckp, ala mcm hg tu baguih sangat). aku ckp ni bukan nk kira perkara kita sesama manusia semata2, tp amalan kita kepada Allah yg Satu. jgn kita plak yg ganti tpt setan bila setan tu xdak. jd kegemaran kita plak nk menghasut dan mengajak org lain berbuat jahat…

bukti kita beriman dengan perintah Allah ialah dengan melakukan amal soleh, mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.

ada 1 lagi ceramah yg aku dgr, menjadi lumrah manusia untuk beramal (yakni kerja) secara berlebihan untuk hal duniawi manakala beramal secara paling minima untuk kehidupan selepas mati. kerja seharian dari pukul 9pg - 5 ptg sepenuh hati, demi untuk mendapat gaji dalam bentuk duit untuk kesenangan dunia, TETAPI solatnya ditinggalkan semasa sepanjang tempoh bekerja tu. itu adalah satu perkara yg amat merugikan dan sesuai dikatakan sebagai kureng cerdik kerana dia tak kejar gaji untuk akhirat…

bulan puasa ni dah abes 1 drpd 3 bahagiannya, jom la kita sama2 kejar fadhilat yg ada dibulan posa ni keh. aku kt ulu pedalaman ni sorg ja yg Islam dalam kampung ni, rindu n tingin sgt nk berteraweh n solat berjemaah. tingat kisah aku nk kawan aku Ahmad Muzamir n Mohd Farid, bila bulan posa ni kami lawan sapa yg paling kerap p traweh. lepas traweh lepak2 charko @ kedai mamak nasik kandar…

SONY DSC

No comments: