Tuesday, February 15, 2011

Rindu Rasul~

Sabda Nabi junjungan kita seperti di bawah

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Subhanallah…hari ini adalah hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w tapi sejauh mana ingatan kita terhadapnya, adakah dengan hanya mendapat cuti memberi kita peluang untuk merapatkan jarak hubungan kita dengan Rasullullah? Baginda begitu merindukan kita, memanggil kita sebagai saudara walaupun jarak kita sungguh jauh dengannya dari segi jarak dan waktu. Bagaimana aku? Bagaimana kau? Bagaimana kita?

maulid nabi

The Face:::Rasulku, walau engkau jauh, aku sentiasa berusaha merapatkan diriku ini denganmu,aku rindukanmu Rasullullah….

0 comments: