Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru Cikgu~


place:atas katil
mood:xde mood
sebab:line tepon xde
pending works:soalan2 ujian PKSR 1
sebab:i'm a last minute warrior
makan:nasik+ayam kicap
minum:milo member (pau diam2)
last activity:kol Dya
salam berbloging kembali bersama ku Cikgu Jack. harini adalah hari sabtu bersamaan 15 mei 2010 juga bersamaan dengan Sambutan Hari Guru walaupon hari guru adalah 16 mei 2010. mcm2 perancangan sudah diatur sejak semalam. jadi bagi menyambut hari guru tahun ini kami disarankan untuk membuat aktiviti gotong royong bersama dgn penduduk Kampung Uma Bawang.
antara aktiviti yang dijalankan ialah mengumpulkan kayu api, menebas semak samun, mengecat sekolah dan membersihkan kelas. semua aktiviti berlansung dengan lancar sehinggakan cat yang diperuntukkan untuk mengecat habis sebelum dapat mengecat keseluruhan sekolah...eheheh
dan acara yang dinanti adalah di waktu petang dimana acara sukan diadakan. para guru wanita bertanding dalam acara bola keranjang manakala guru-guru lelaki bermain bola sepak. akibat dari itu, lututku telah tercedera apabila aku bertembung lutut dengan salah seorang pemain...adoi, sangatla sakit...guru wanita mengungguli permainan bola keranjang manakala guru lelaki pula tewas dengan perbezaan 1 jaringan gol dalam pertandingan penuh berpristij itu.
tahun ni dah kali kedua aku sambut hari guru...dan aku suka jadi guru~
sekian

1 comment:

nabella alias said...

chekgu jack!! sy dh tukar link blog... silalah folo laen... gee~~