Saturday, May 8, 2010

Diskriminasi Music Sendiri



place : again n again on my bed
syndrome : lazyness
drink : kordial rose
munch : not yet eat
last xtvt : cooked ayam msk kicap n tulur dadar
listening to : energie band - bukan org sempurna (indon)
last watched : i shouldn't be alive (discovery chnl)

say hello2x...eheee..la ni aku nak cakap sikit pase diskriminasi dan prejudis terhadap muzik. aku ckp ni bg pihak aku sendiri la. bukan bagi pihak korg sbb mabe korg tgk dr perspektif yg berbeza dr aku. gambaq kat atas tu saksi segala2. yg atas tu album lagu indon n yang bawah tu pulak album lagu Melayu. dalam folder lagu aku tu, kebanyakan lagu indon ja. lagu melayu ciput ja weh. apo la..cthnya macam lagu exist tu kan, ada brapa kerat ja dalam 1 folder, tu pon yg best2...n of coz aku jarang dengaq...ehehe

tapi, kalo folder dewa, semua setiap lagu dewa ada dalam tu, dr penyanyi lama sampai la ahmad dhani n once. dr album mula2 sampai album yg skg ni. pastu pulak kn, aku selalu plak tu pasang lagu2 indon neh. stp hari aku bukak lagu indon. lagu Melayu ni jarang sangat..aku ngaku aku xbrapa suka lagu2 Melayu..tatau la pasepa...cuma skg ni ada gak yg menambat hati aku mcm Faizal Tahir n Aizat. Bunkface pon layan la jugak...tp tu la, lagu Melayu ni impak dia sat sgt..org dengaq dalam seminggu dua then dah rasa mcm buhsan...kalo lagu indon kn, mcm lagu dewa tu...lagu kosong n pupus tu mmg stp masa dengan masih tetap nyengat. aku pon tatau pasepa. nak kata lagu Malaysia xbest, lagu artis Malaysia mmg sgt2 best tp xmenusuk kalbu sgt..juz siulan ujung mulut ja.

aku ni jenis suka teliti lirik lagu, walopon lagu tu bukan single sesuatu album, aku akan donlod gak habis2an...then aku pasang aku biaq sambil akau layan dengaq lirik dia. n aku ngaku yg lirik lagu indon mmg best. walopon bahasa depa mudah, alunan muzik ngn sora depa tu ada lain macam sikit. mabe depa jampi ka apa ka tu aku xpasti. tp apapon tetap best..

biasa kita manusia tu akan ada kesukaan sendiri, ada pilihan dan preferences sendiri. kalo korang cakap aku zalim ka hapa, aku xkesah. sbb aku pon xdapat halang dr aku sendiri dr suka itu atau suka ini secara paksa. bukan muzik Malaysia tu xbagus, tp kurang menambat hati kot. lagu artis Malaysia sedap tp indon ada lebey sedap sikit kot. artis malaysia tu kdg2 ada yg publisiti lebey tp hasil xkemana pon, bg artis indon plak, lagu kuaq dulu, artis xmai malaysia ag, tp dah tambat hati semua.

aku harap pasni muzik malaysia jd kegilaan balik. kita ada bakat yg jauh lebey baik dr yg luar sana tp ada sesuatu yg kurang. so sama2 la kita menungkatkan balik lagu Malaysia neh. bg jd mcm zaman rock kapak tu balik. xguna nk sekat publisiti lagu luaq kalau lagu kita belum cukup menyengat. eheee~


0 comments: