Inilah iramaku marayap selalu
Menggerakkan nadi laju darahku
Mata kepala yang waspada deria yang memberi rasa
Dada berinspirasi sentiasa menghembus udara
Kuku ini mahu menggaru lagi
Gatal tangan ini kerna jodoh tak sampai
Dan segala ini karena aku kepingin
Satu wanita yang pasakkan kalbu
Tak dapat ku merasa cinta setaat Sumaiyah
Apatah lagi setinggi pengorbanan Siti Khadijah
Aku hanya mendamba
Satu wanita yang berkongsi dua hati
Kini dia telah hadir
Memberi inspirasi kehidupan
Membawa bahtera dunia
Berkongsi segala dan semua
No comments:
Post a Comment