Wednesday, March 24, 2010

MENYAPA SEMESTA

1

Situasi pagi ini terasan nyaman dan dingin. Subuh yang menyinsing menggemparkan roh yang terpisah dengan jasad kaku dan batu untuk kembali menyedut, bernafas dan kembali berinspirasi. Bermula hari yang baru, begitulah nikmat kurniaan-Nya. Nyawa di beri untuk memulakan hari yang baru sebagai tukar ganti untuk masa dan hari yang telah berlalu.

Manusia yang alpa lagi lupa tidak pernah menyangka akan hal ini. Hari2 yang berlalu itu tiada makna bagi mereka. Bangun tidur hanya untuk mengisi perut dengan sepuasnya tanpa mengira akan hal halal dan haram, semuanya di sental dengan enak dan lazat bagai tiada lagi hari untuk yang esok.

Hari yang baru ini dimulai oleh Cikgu Khairil dengan gesaan. Tercelik dan terkebil mata terus terpampang ingatannya pada si tegar dan si bedebah sekalian warga itu. Bingkas bangun tanpa sempat untuk berbuat apa2, belum sempat melihat wajah sendiri, belum senpat membetulkan rambut apatah lagi untuk mengeliat bagi membetulkan tulang yang sepanjang malam mengerekot dan kiat bengkok.
Dalam kesejukan gelombang embun yang masih menitis dari atap bumbung, Cikgu Khairil tercari-cari akan selipar jepunnya yang dibawa khas dari semenanjung. Motifnya hanya satu iaitu pergi ke tempat bersiram di bawah himpunan tangki air sekolah. Terlihat sejauh pandangan Cikgu Khairil bahawa ada kelibat di bawah paip air yang mencurah.

“barangkali itu Cikgu Zainol yang sedang mandi…”
Itulah rakan sekerja, rakan kongsi dan rakan serumah. Rajin benar bangun diawal sejuk pagi demi mancari bekalan air mandi.

Hakikat sebuah pagi yang biasa bagi Cikgu Khairil, tetapi sesiapa pun tidak terduga bahawa sesuatu akan berlaku pada Cikgu Khairil disaat dia melalui harinya. Setiap pagi pasti dimulai dengan penuh motivasi. Setiap hari dimulakan dengan mengampunkan dosa sekelian manusia yang bersalah dengannya.
Dengan mengalih pandangan dan lirikan mata tepat kepada cermin kecil berbingkai plastik merah jambu, dia tersenyum bagi mengambil dan menyerap aura pagi yang dingin dan nyaman. Setiap pagi pasti dimulai dengan senyuman. Bersedekah kepada diri sendiri agar yang lain terkena juga tempias manis muka senyum yang terukir.

Hadir ke sekolah seawal jam tujun pagi, sewaktu si tegar dan si bedebah sekalian alam masih lagi terpinga. Ada antara mereka masih terlopong dan terpana, barangkali memikirkan apa mimpi yang dilalui oleh roh mereka setelah semalaman meninggalkan jasad.

Rotan berpita selofan keras miliknya dicapai. Bunyi merudum yang datang dari tingkat atas menandakan ada si tegar dan si bedebah yang masih belum menyempurnakan tugasan. Itulah gelagat si guru cabuk yang bertugas minggu itu. Kawasan sekolah di ronda bagai sang singa mentadbir kawasannya. Bunyi jejakan kasut menarik perhatian si tegar dan si bedebah.

Bunyi itu melambangkan sang singa sedang meninjau kawasannya, sepelusuk alam menjadi terdiam dan membatu. Masing2 menjalankan tugas dek gerun dengan lirikan mata Cikgu Khairil laksana sang singa itu. Bagi Cikgu Khairil pula, bunyi hentakan kasut sengaja dikuatkan sedikit agar jelatanya menjalankan tugasan dengan sesempurna mungkin.

Tiba jam 7.30 pagi…

Cikgu Khairil mula mencapai buku teks sains tahun 1 dan peralatan seni kerana kelas seninya dengan tahun 4 bersambung sejurus selepas kelas tahun 1.
Kelas tahun 1 sememangnya kegemaran Cikgu Khairil. Anak kecil kali ini petah benar berkata-kata dan suka benar menerima ajaran baru. Setiap helaian buku yang berwarna warni itu menarik perhatian si tegar dan si bedebah yang kecil ini. Cikgu Khairil memberikan helaian kertas yang agak banyak pada mereka, dengan harapan si tegar dan si bedebah dapat menyiapkannya selepas sekolah beristirehat selama seminggu.

“tidak mahu!” kata si tegar yang kecil ini.
“mengapalah???”” Tanya Cikgu Khairil bagi menjelaskan keadaan.
“kami mahu menyiapkan kerja ini sekarang~~!!” kata si tegar dan si bedebah yang ramai itu.

Tersenyum sinis Cikgu Khairil, senyuman itu senyuman bahagia, senyuman itu senyuman suka, senyuman itu senyuman geli hati dengan gelagat anak2 kecilnya. Sebenarnya jauh di dalam hati Cikgu Khairil sendiri malas untuk mengerahkan tenaga dan aura di awal pagi kerana nadi dan tulang empat keratnya masih lagi sejuk dan membeku.

Gelagat dan telatah si tegar dan si bedebah yang kecil itu memberi satu rahmat kepada Cikgu Khairil. Disaat jiwa diselubungi kemalasan yang terkepuk, terdapat lagi sinar untuknya menyambung motivasi pagi td yang secara tidak sedar dia sendiri telah melupakannya.


2

Loceng kembali dibunyikan menandakan kebahagiaan Cikgu Khairil di kelas tahun 1 sudah berakhir.

“thank you class..”kata Cikgu Khairil kepada murid comelnya.
“thank you teacher, it’s time to go home!!!” jawab si bedebah dan si tegar yang comel.

Itulah gelagat dan kelaku mereka. Apa sahaja yang guru mereka ajar, pasti diikuti dengan tuli. Cikgu Khairil memendang kepada jam di tangan kirinya, 8.30 pagi. Ini bukanlah waktu untuk pulang lagi. Mungkin mereka terbawa-bawa dengan ajaran guru pra sekolah mereka. Cikgu Khairil tersenyum sendiri lagi. Barangkali mereka tidak memahami apa itu peri “it’s time to go home” itu sendiri.

Senyuman~


Barang-barangnya di kemaskan, si tegar dan si bedebah pun sibuk tolong berkemas lagi. Seorang si tegar yang luruh gigi itu berkata.

“ cikgu, saya tolong hantar ini cikgu!”
Kemudian yang lain pun turut serta,
“saya hantar yang ini cikgu!”
Saya pula hantar yang ini cikgu!”

Perebutan berlaku antara si tegar dan si bedebah yang comel. Sebagai penyelesaian, Cikgu Khairil memilih si tegar yang luruh giginya itu untuk menolongnya.

Cikgu Khairil mengangkat kakinya lemah, dengan perlahan dia berjalan menyusuri koridor yang diperbuat dari kayu berlian kukuh, lagaknya persis seorang guru tua cabuk, setiap langkahnya itu bergelumamng dengan masa hadapan…

“Bagaimana keadaan aku lima tahun yang mendatang ini?”
“apakah aku dan siapakah aku pada masa itu nanti?” segala itu berlegar dibenak kepalanya.

Langkah demi langkah membawanya kepada kelasnya sendiri. Memandangkan sebenarnya Cikgu Khairil adalah Guru kelas tahun empat. Ketibaannya di kelas itu di sambut dalam serba kekalutan. Maklum sahajalah sekarang ialah waktu pendidikan seni. Si tegar dan si bedebah yang berlima ini minat sungguh dengan matapelajaran ini.

Sejak dari awal lagi Cikgu Khairil mengingatkan mereka bahawa waktu pendidikan seni adalah waktu untuk bersenang dan berkarya. Lapangkan kepala dan hindarkan masalah bertimbun dikejauhan.

Namun sebenarnya sesuatu memang bakal berlaku. Sejak dari awal kisah ini telah dinyatakan bahawa sesuatu bakal berlaku. Syukurlah di kelas tahun satu tadi segalanya licin dan lancar. Alhamdulillah.


3

Setibanya Cikgu Khairil di gerbang kelas tahun 4 itu suasana tiba2 berubah laksana kencang angin melanda hingga mahu runtuh singgahsana seorang guru. Dengan wajah yang masih beriak tenang dan waspada, lalu Cikgu Khairil bertanyakan khabaran lembaran kerja rumah minggu lepas yang sapatutnya sudah disiapkan dan sedia di semak kualitinya.

Wajah si tegar dan si bedebah yang berlima ini bertukar cuak dan terpaku. Seakan malaikat lalu. Mata masing2 melirik kearah satu sama lain namun keengganan terus berlaku dalam diri mereka. Keterpakuan si tegar dan si bedebah itu mengundang rasa rimas dan gelut di hati Cikgu Khairil yang sejak tadi memerhati.

“mana hasil kerja seni kamu?” sang singa bertanya
“kami masih belum siap cikgu~” jawab si tegar yang gemuk lemah.

Mata sang singa sudah berbara merah, telinga sang singa itu pula sudah berasap membakar. Pembuluh darah di jantung di rasakan seperti suatu sensasi bakal meletus. Sensasi itu membawa darah laju ke dalam urat berselirat di badan, seterusnya menelusup ke ruang tulang empat kerat.

Tangan yang sengal dan silu mula mengembang. Di sebalik segala perubahan ini, lidah Cikgu Khairil masih lagi kelu. Kilang otaknya ligat bekerja. Rasukan syaitan yang sejak tadi menyampuk kini menampakkan hasilnya. Perlahan-lahan syaitan itu dibebaskan di dalam hati dengan api yang berasap hitam dan semakin membesar.Urat dahi Cikgu Khairil jelas kelihatan membengkak.

Bibirnya di ketap, didalamnya gigi bersusun juga rapat digetap. Buah penumbuk digenggam tapi segalanya masih di sembunyikan. Di dalam kocek seluar buah penumbuk itu ada. Saat ini otak Cikgu Khairil masih ligat lagi. Menjana dan berfikir apa tindakan yang wajar di tunjuk kepada si bedebah dan si tegar agar mereka ingat Cikgu Khairil sehingga keanak cucu.

Ayat pertama lancang diucap dari mulut Cikgu Khairil…
“berapa tempoh yg cikgu bagi untuk kamu siapkan kerja seni ni?”

Mata-mata yang lima pasang itu terkebil dan terkesima. Roda fikiran berputar sejenak. Tetapi masih mengundang diam dan kelu.

“apa susah sangatkah kamu nak buat kerja cikgu ini?!?” lirikan mata Cikgu Khairil segera menjadi ganas.

Terpancul ayat yang kedua dari mulut cikgu khairil. Ayatnya sedikit keras, membuat si bedebah dan si tegar mengeraskan leher dan menghela nafas dalam-dalam ke ruang peparu mereka.


TO BE CONTINUE ON
29 MAC 2010
~~INSYAALLAH~~

No comments: