Sunday, February 28, 2010

JENIS-JENIS PENGANGKUTAN DI KAWASAN PEDALAMAN.

BARANGKALI KALIAN TIDAK PERNAH TERBAYANG DAN TIDAK MENYANGKA BAGAIMANA PENGANGKUTAN MENUJU KAWASAN PEDALAMAN. KEADAANNYA ADALAH SUKAR DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA DAN PENULISAN. HAKIKAT SEBUAH KEBENARAN MESTILAH DI RASAI DAN DI TERAJUI DENGAN SENDIRI.

DI SINI TERDAPAT SEDIKIT PANDUAN UNTUK TATAPAN DAN PEDOMAN KALIAN TENTANG PERIT DAN JERIH SATU KENYATAAN YANG DI HADAPI OLEH KAMI GURU-GURU DI KAWASAN PEDALAMAN. PERJALANAN BIASANYA MENGAMBIL MASA SEHINGGA 7 JAM SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI SEKOLAHKU TERCINTA. PENGANGKUTAN YANG PERTAMA IALAH KERETA PACUAN EMPAT RODA DAN YANG KEDUA IALAH PERAHU PANJANG.

1. DARI MIRI UNTUK KE SEKOLAHKU PERLU MENGGUNAKAN KENDERAAN BERPACUAN EMPAT RODA. KEBIASAANNYA PERJALANAN DI MULAKAN SELEWAT-LEWATNYA PADA PUKUL 9 PAGI MEMANDANGKAN KAMI TERPAKSA SINGGAH DI SEBUAH PASARAYA SEBELUM MENGAMBIL JALAN TANAH MERAH. PERJALANAN MENGAMBIL MASA 4 JAM KEBIASAANNYA. PERNAH JUGA REKOD YANG TERCEPAT IALAH 3 JAM.


PERJALANAN BUKAN HANYA SEKADAR MELALUI JALAN BALAK

SEMATA. KAMI TERPAKSA MENYEBERANGI SUNGAI DENGAN

SEBUAH JENTERA YANG SEDIA MENUNGGU DI TEPI SUNGAI. KALAU INGIN MEMBUANG AIR, MAKA KAMI TERPAKSA MEMBUANG SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN ATAU

KAMI AKAN MEMBUANG DI TEPI JALAN DALAM SEMAK SAMUN SAHAJA.


KAMI AKAN MEMAKSIMUMKAN BARANG2 YANG PERLU DI BAWA KE HULU SUPAYA TIDAK BERLAKU KEKURANGAN BEKALAN. JADI KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA AKAN DI ISI DENGAN SESARAT MUNGKIN. BAGI GURU YANG YANG MEROKOK, MEREKA AKAN MEMBELI SEKARTON ATAU DUA KARTON ROKOK SEKALIGUS.


2. KENDERAAN YANG KEDUA YANG HARUS DINAIKI IALAH PERAHU ENJIN SANGKUT. TANPA PENGANGKUTAN INI TIDAK MUNGKIN KAMI AKAN DAPAT SAMPAI KE SEKOLAH TERCINTA. PERJALANAN YANG BIASA MENGAMBIL MASA 90 MINIT MENGIKUT MUATAN DAN KAPASITI ENJIN.






JIKA MUATAN BANYAK DAN PERAHU SARAT DENGAN PENUMPANG DAN BARANG KEPERLUAN, KELAJUAN PERAHU AKAN BERKURANG DAN PERJALANAN BOLEH MENGAMBIL MASA SEHINGGA 3 JAM.








JIKA KAMI MENGGUNAKAN PERAHU YANG BERBUMBUNG, KEADAAN AKAN LEBIH SELESA BERBANDING PERAHU YANG TIDAK BERBUMBUNG KERANA KAMI TERPAKSA BERJEMUR DI BAWAH SINARAN PANAS MENTARI.







MENOLAK PERAHU JIKA AIR SURUT. LUMPUR MAMPU MENENGGELAMKAN ANDA HINGGA SEPARAS PINGGANG.









4. ALTERNATIF LAIN YANG BOLEH DIGUNA PAKAI IALAH DENGAN MENAIKI BOT EKSPRES. WALAUPUN IANYA DIPANGGIL EKSPRES, PERJALANANNYA AKAN MENGAMBIL MASA SELAMA 4 JAM.

BOT EKSPRES MENGGUNAKAN LALUAN YANG BERBEZA. JIKA KAMI TIDAK MENGGUNAKAN PACUAN EMPAT RODA, MAKA KAMI PERLU MENGGUNAKAN BOT EKSPRES. BOT EKSPRES MENGGUNAKAN JADUAL PERJALANAN YANG TIDAK MENENTU BERDASARKAN PERMINTAAN PENUMPANG.



SEMASA DAH ADA DALAM EKSPRESS TU, SUKA HATI LA NK DUDUK CMANA. YG PNTING BAHAGIA SEBAB 4 JAM KENA SELESAKAN DIRI DALAM TU. PERIT OOO~











UNTUK MENJIMATKAN MASA PERJALANAN DAN PENGANGKUTAN YANG LEBIH MENYELESAKAN, KAMI BOLEH JUGA MENAIKI PESAWAT. MAS ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK KE KAWASAN-KAWASAN TERTENTU DI HULU MENGGUNAKAN MAS WING. IA ADALAH PESAWAT BERSAIZ SEDERHANA DAN BIASANYA MENGEHADKAN MUATAN BERDASARKAN KEPALA.








PEMANDANGAN DARI TINGKAP PESAWAT. CURI-CURI TANGKAP WALAUPON TAU FA AKAN TEGUR..EHEHEH...









WALAU APAPUN YANG TERPAKSA DITEPUH, KAMI BARISAN TENAGA PENGAJAR AKAN MENGHADAPINYA DENGAN REDHA, SELAGI TERMAMPU. PERNAH JUA AKU DENGAR RAKANKU MENAIKI PERAHU SANGKUT HINGGA 2 HARI, BERJALAN SEHINGGA 8 JAM SEBELUM TIBA DI DESTINASI. TAPI AKU PASTI MEREKA TABAH MENGHADAPI. BUAT MEREKA YANG BAKAL MENJADI GURU, JANGANLAH TAKUT UNTUK MENGHADAPI SEGALA SESUATU. KEPADA MEREKA DI LUAR SANA YANG BERMINAT, TERUSLAH BERUSAHA AGAR MENDAPAT APA YANG DI IMPIKAN. BERUSAHALAH UNTUK MENGGAPAI BINTANG, KERANA JIKA KITA TIDAK MENGGAPAI BINTANG, BARAGKALI KITA AKAN MENDAPAT BULAN. INSYAALLAH AMIN~ SELAMAATTT~


0 comments: