Sunday, December 25, 2016

Dalam kesibukan rushing di kampung

Hometown adalah satu tempat nikmat. Kita tahu secara otomatik di mana nak cari sesuatu benda mahupun port makanan. Secara tak lansung aku pergi melawat kawasan kencing ku iaitu uptown bandar perda. Aku dah mcm boleh bau2 apa yg aku cari kat situ. Masa mula2 masuk uptown aku macam sedikit ke ewa kerana rata rata penjual hanya menjual barangan tiruan. Bundle2 kasut pun kebanyakan kasut kerja, kasut adidas dan sandal2 sahaja. Ketika mahu pulang, dari jauh kulihat samaran lampu2 di sebalik keramain. Di seberang jalan lokasinya. Aku lantas mengambil jalan u turn utk ke situ. Nyata gugusan kawanan converse tersedia di situ. Sebelum apa2 aku memulakan bicara.

"Ni semua kira lagu mana?"
Saja nak habaq aku ni org sini so jgn nak letak harga firaun
Dia menjawab
"Buleh tgk2 dulu bang, rega buleh kurang lagi"
Aku tny lagi...
"Buleh kurang tu hrga bukak berapa?"
"Lapan puloh buleh la bang!"
Aku pun mintak kerusi...sambil2 bebel aku kata
"Oleh sebab hg kata lapan puloh buleh kurang so aku nk tgk dulu kasut2 ni..."

Sekali dpt la converse HIGH CUT all red...luaq dalam merah...atas sekali tpt lubang tali kasut dia design khas warna merah...rm70, dan aku jalan tersenyum!

1 comment: