Friday, March 20, 2015

Ikatan Kekeluargaan…

Assalamualaikum…harini terpanggil untuk tulis sikit…bukan nak mangadu domba atau mengata…tapi untuk peringatan kepada diri sendiri juga…

ibu dan bapa…

betapa besarnya kedua org ini kepada kita….ramai antara kita tidak meenghargai mereka…bahkan ada yg tidak mempeduli sampai sesudah mereka tiada…disaat mereka masih hadir dan ada, berkorbanlah sedikit demi mereka…bukan jua wang ringgit semata yg dpt memuaskan mereka…cuma kebersamaan dan keberadaan kita dengan mereka…

dulu….aku biasa, tidak mempedulikan semua yg masih ada di dunia…kata2 ibu dan ayah selalu aku anggap hanya penghalang semata…aku kurang menyelami perasaan mereka…aku kurang mendengar bahkan terlalu sibuk dgn dunia sendiri…aku pernah kehilangan seseorang yg aku anggap sbg bapa, aku seperti kosong…kerana aku belum pernah berbakti kepada beliau

namun…perkenalan dgn isteriku, yg sentiasa mementingkan org tua aku sendiri…yg sentiasa membuat hati ibu dan bapa senang hati…yg sanggup berkorban dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 pengorbanan…

aku kian mengerti…aku kian memahami….tiada apa yg lebih baik berbanding dari keredhaan ibu dan bapa sendiri…sekarang keadaan aku berubah…disaat aku susah, ibu dan bapa juga yang menghulurkan bantuan…jalinan kekeluargaan yg aku bina sekarang, aku berpuas hati dan berbangga…

aku sayang semua ibu dan bapaku…

ungkapan mertua, saudara kpd ibu dan bapa hanyalah gelaran semata…namun jalinan yg aku  bentukkan tak ubah seperti mereka semua itu ibu dan bapa kandungku sendiri…

jika suatu masa aku terlupa, nukilan inilah yg aku jadikan sebagai sempadan agar aku berbalik kepada bumi yang nyata…

sayangilah org2 yg lebih tua…

medan ikan bakar pjaya

.medan ikan bakar putrajaya.

No comments: