Tuesday, August 23, 2011

POSA~

-Td The Gula Batu dgr ceramah agama ramadan dari Ustaz Azhar Idrus, antara intipati isi-isi

  • tujuan puasa ialah supaya kita rasa lapaq, kalo lansung xrasa lapaq dan bermegah2 dgn perasaan itu, maka hikmah puasa tidak tercapai.sbb apa kena rasa lapaq, supaya kita rasa apa y gorg susah rasa.
  • berlebihan ketika bersahur – hiperboola yg disampaikan oleh ustaz mengatakan bahawa kita bersahur dgn sgt byk – umpama membela polong, makan sehinggar tidak lagi berbuat apa selepas itu. ustaz berseloroh menyatakan kalau bersahur sebegitu rupa, 3 hari pun tahan puasa Winking smile. nabi dn sahabat bersahur hny dgn kurma sebiji @ sekeping roti dan seteguk air sahaja.
  • kita lapar hny sebulan dalam setahun tp org yg susah setiap masa dalam setahun berasa lapar.
  • tujuan bersahur untuk mendapat berkat drpd perbuatan @ sunnah nabi. kalo tak bersahur maka kurang keberkatan berpuasa.
  • kalo puasa tp tinggal semayang – puasa tidak diterima dan hanya berlapar dan dahaga sahaja.
  • kalo puasa tp tak pakai tudung – puasa masih diterima
  • antara perkara yg membatalkan puasa ialah bila memasukkan sesuatu dgn sengaja melalui rongga yg terbuka.
  • abestu kalo org sakit yg masuk air ikut tgn yg masih nk puasa tu cmana? – melalui kulit yakni rongga tertutup, jadi puasa tidak batal.
  • kereta chevrolet ada lambang salib, apa hukumnya? – kalo bnda tu mcam salib tp bukan salib, buleh org islam pakai. tapi kalo bnda mmg salib, ternyata2 melambangkan salib, haram pakai.ustaz juga bercakap mengenai logo pasukan brazil dan portugal – di negara ini, salib mmg dilogokan – hukum pakai ialah haram(alamak aku pun ada baju brasil!)
  • hukum jimak isteri melalui belakang – haram dan xkan buleh ada anak. tp melalui belakang tp masuk ikut faraj, halal.
  • solat subuh tp tertinggal Qunut – solat masih sah sbb dalam mazhab syafie doa Qunut adalah sunat. bila tertinggal maka kita tidak mendapat fadhilat doa Qunut…
  • hukum berdua-dua bersunyi-sunyi dgn wanita bukan muhrim – dosa kecil tp masih dosa
  • yahudi dan nasrani – agama atau bangsa? jawapan ::: yahudi dan nasrani ada disebut dalam alQuran. dulunya mereka ini ialah bangsa, tp skrg menjadi agama…*bahasa tua menyatakan bahawa nasrani bermaksud Kristian pada zaman skrg.
  • bekas menantu atau bekas mertua – bagaimana muhrimnya dgn kita selepas pasangan bercerai?bekas mertua adalah muhrim kita sampai mati.xbatal air wuduk.
  • hukum cabut gigi bulan puasa – tak batal selagi tidak telan sesuatu.
  • histeria membatalkan puasa atau tidak? – tak batal kalau sekejap sahaja, tp kalau sebahagian harinya dia histeria@gila, makan jatuh hukum tiada puasa baginya.
  • hukum solat jamak dgn niat nk g tgk bola – harus, tp kalo niat nk wat maksiat sehingga membawa kemungkaran maka tak boleh.
  • kentut dalam air terjun adakah membatalkan puasa? – kalo hny waham yakni mungkin dan hanya syak dan tidak pasti maka tidak batal puasa.
  • hukum derma darah dalam bulan puasa – makruh mendermakan darah pada bila2 masa kerana melemahkan tubuh badan sendiri. tp kalo darurat dgn adanya org kemalangan dan sebagainya, hukum makruh terangkat yakni tidak lg mnjadi makruh.
  • hukum lihat tafsir masa teraweh utk memahami makna – hukumnya harus
  • nk ganti puasa yg lama2 dan lepas2 tp tak ingat jumlah yg sebenar – caranya ialah anggarkan dan puasa ganti lebih dr apa yg dianggarkan itu.
  • nk dptkan restu nk kawen awal daripada ibu bapa, bgaimana caranya? – tunjukkan komitmen kepada IBU BAPA bahawa kita mmg dah patut untuk berkahwin.bukan komitmen ngn awek.
  • cmana nk buat amal ibadat secara istiqamah – beribadat ikut waktu, buat sikit jgn wat byk2…nanti tak tertunai dan jgn beribadat kerana nk tunjuk kpd org lain.
  • hukum juai akhbar yg isinya byk fitnah dan juai majalah yg tunjuk aurat – seperti kita yg menyebarkan fitnah itu dan haram juai majalah yg ada gambar dedah aurat.
  • mandi dan gosok gigi selepas waktu zuhur dibulan puasa makruh kah? – tidak makruh selagi tidak mandi @ gosok secara berlebihan dikhuatiri masuk air.
  • masa bersahur terdengar azan subuh, apa hukum kalo telan? – bila dah azan makanan dalam mulut ditelan, maka batai puasa. sepatutnya makanan diluahkan.
  • kalo nk berhias bg wanita – jgn brhias seperti org yg jahiliah yakni jgn melampau, cukup sekadar berhias sedikit.

sujud

No comments: