Wednesday, April 28, 2010

SERANGAN 360 DARJAH



PLACE : RUANG TAMU KUARTERS

MOOD : KENYANG PERUT SUKA HATI

WATCHING : ANIMAL PLANET (BITE NITE)

LISTENING : CINTA KOSMIK FAB CATS


WAHAI KALIAN, JANGANLAH ALPA DAN JANGANLAH JUA LUPA, SESUNGGUHNYA DOSA DAN PAHALA ITU BENAR, SYAITAN DAN MALAIKAT ITU BENAR DAN SYURGA DAN NERAKA ITU JUA ADALAH BENAR.

DI DALAM SETIAP PULUSUK HATI MANUSIA ITU SELALU ADA KATA BISIKAN MENGAJAK KE ARAH KEBAIKAN. KE ARAH-NYA...MARILAH MENUJU KE ARAHNYA...

BERTARIKH 26 HB APRIL 2010. SELURUH KAWASAN ULU INI BERGEGAR. SEJAK PETANG ITU SUDAH KELIHATAN BIBIT KEGELAPAN. ALAM DIRASAKAN LEMBAP DAN BERALUN ANGIN LEMBUT. SENYUMAN SINIS HUJAN SUDAH MENAMPAKKAN GUSINYA.. DAH HUJAN TURUN RENYAI...INDAH...MENGGAMIT RASA...

KIAN LAMA LEMBAPAN SUASANA ITU DIRASAKAN SESAK...SENYUMAN HUJAN BERTUKAR MENJADI HILAI TAWA MENGERIKAN, KILATAN MAUT SABUNG MENYABUNG MULAI MENYAMBAR PASAK-PASAK BUMI YANG ADA. DAN AKU MANUSIA KERDIL SUDAH BERSERAH. ANDAI INI KIAMAT, BIARLAH NYAWAKU DIANGKAT SAAT AKU SEDAR BETAPA BERDOSANYA AKU. BIAR AKU SEMPAT MENGUCAP DAN MENETAPKAN HATIKU HANYA PADAN-YA.

HILAI TAWA GILA HUJAN MENGHENTAM BAHAGIAN ATAS BUMBUNG KAMI..KERAS SEKALI BUNYINYA, KEMUDIAN DARI PINTU HADAPAN, KEMUDIAN DI TENGAH RUMAH DAN KEMUDIAN DI BELAKANG DAPUR. KENCANGNYA ANGIN USAH DI PERTIKAI LAGI. TIADA POKOK SANGGUP MENAHANNYA. KEMUNCAKNYA TIBA...KILAAN MAUT MENYAMBAR SEMUA YANG ADA. DENTUMAN GENDANG GURUH KENCANG UMPAMA MAHU MENGGONCANG BUMI. GEGARAH TIDAK PUTUS DIRASA. MUDAH SAJA RUMAH KAYU KUKUH INI DIANGKAT DAN DILAMBUNG JAUH2 DARI TAPAK ASALNYA.

SAAT ITU SEMUA MANUSIA BERPELUKAN. ADA YANG MENYAHUT DGN MELATAH MELAYAN SAHUTAN BUNYI GURUH ITU. MANGALIR AIR MATA DARI DASAR HATI. BUKANLAH MEMOHON AGAR TIDAK DIMATIKAN, CUMA BERMOHON AGAR SEPANJANG HIDUP DI DUNIA INI DIBERKATINYA.SATU SAMBARAN KILAT MENGGELAPKAN SEBENTAR RUMAH KAMI. SEBENTAR SAJA KEMUDIAN LAMPU MENYALA KEMBALI. TAPI KEADAAN SUDAH BERUBAH...DECODER ASTRO KAMI BERBAU HANGIT. LALU KAMI BERSERAH.

KEESOKAN PAGINYA AKU BERTANDANG KE SEKOLAH. HABIS. SEMUA HABIS. KELAS BASAH, LAMPU BASAH. KIPAS BASAH. TELEFON I-TALK TIDAK LAGI BERFUNGSI. INTERNET DAN WIFI JUA BEGITU. AKU BERSYUKUR. TERIMA KASIH YG MAHA ESA KERANA BERIKAN AKU KESEMPATAN. SAAT ITU AKU TAHU PINTU TAUBATMU MASIH TERBUKA. MARILAH KITA SEKALIAN. BERTAUBAT DAN TERUS BERTAUBAT SEBELUM MASANYA TIBA. SEBELUM KITA MERASAKAN DIRI INI TERLAMBAT BERSUJUD KEPADANYA. SELAGI BELUM TERLAMBAT UNTUK MENGIKUT PERINTAHNYA...

TIDAKKAH KALIAN SEDAR. 1 MALAM SAJA...HABIS SEGALA TEKNOLOOGI MENJADI SAMPAH DAN TIDAK BERGUNA. BAGAIMANALAH BILA TIBA KEADAAN ITU...KIAMAT ITU...MARILAH BERINGAT.

AMIN~





0 comments: