Showing posts with label nurani. Show all posts
Showing posts with label nurani. Show all posts

Friday, August 14, 2020

SEMUA TAK CUKUP

KERJA BANYAK, MASA SIKIT

ADA MARYAM, MASA UTK MARYAM PUN TAK BANYAK

PAGI2 JAM 6.30 DAH BERTOLAK DARI RUMAH

PETANG PULA JAM 7 BARU PULANG SEMULA KE RUMAH

JAM 9-10 MLM CMTU MARYAM DAH LENA

SEKEJAP SGT MASA DENGAN KELUARGA

CUMA HARAPANKU IALAH MEREKA TIDAK RASA TERABAI

KEHIDUPAN PUN MENJADI SEMAKIN TUA

BELUM PUN JAM 11 MALAM AKU IKUT TERULIT LENA

SEBAB ITULAH APA SAJA CARA UTK LUANG MASA BERSAMA AKAN AKU CUBA LUNASKAN


BELUM PUN SEMPAT APA-APA

MARYAM DAH NAK MASUK SETAHUN

MASA SEMAKIN RAKUS DAN PANTAS BERLALU

MENINGGALKAN KITA HANYA BERSAMA KENANGAN



Thursday, August 13, 2020

TOLONG

 TOLONG

TOLONG JANGAN 

TOLONGLAH JANGAN TERHENTI DI SINI

YA BANYAK KERJA

YA TIDAK CUKUP MASA

YA SEMUA MENJADI TERHAD

TETAPI HARAPNYA 

JANGANLAH PERJALANAN BLOG INI TERHENTI DI SINI

JANGANLAH TERHENTI LAGI

WAHAI IDEA TOLONGLAH MENJELMA

TOLONG


Thursday, July 16, 2020

MARYAM

OK GAIS ASSALAMUALAIKUM

JGN ANNOYED DGN TULISAN CAPS LOCKS 
SBB INI KEBIASAAN KALAU PAKAI LAPTOP

OK LAH

AKU STORY SIKIT PASAI APA YG DAH BERLAKU DALAM HIDUP AKU SKRG NI

SETELAH 10 TAHUN KAWEN
SETELAH BERMACAM PANCAROBA
SETELAH PELBAGAI UBATAN
SETELAH BANYAK HERBA
WANG RINGGIT YG USAH DIKIRA LAGI

DENGAN IZIN ALLAH
LAHIRLAH ANAKANDA
ALHAMDULILLAH ALLAH BAGI MERASA

MARYAM
SIMPLE JA NAMA
SEKIAN

TERIMA KASIH ATAS BACAAN DAN PERHATIAN ANDA


Friday, November 8, 2013

Ok saya jatuh moto…

kejadian berlaku di Jalan Ampang, petang masa tu…hujan renyai2…pakai helmet org then tak ada visor…

mata dah kicik, bila ujan mata makin kicik la jadinya….kete masuk simpang, aku tak nampak….

ni makan dia….

alhamdulillah semua selamat, aku terjun , wife pun sama terjun…

thanks 4 all ypur support…

image

Saturday, May 11, 2013

Analisa PRU 13 Malaysia

okeh kawan2, ni analisis bg kawasan2 yg mana rata2 bn n pr menang dgn majoriti kurang seribu undi…estimated mabe dalam 5 tahun mcm2 akan terjadi so kedua2 pihak kena lawan supaya pertarungan tu jadi spt buku dengan ruasnya…hehe~

Perlis

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Beseri (540)

Sanglang (121)

Kayang (664)

 

Guar Sanji (927)

 

Simpang Empat (85)

 

Kedah

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Bakar Bata (895)

Bukit Selambau (530)

Belantek (842)

Merbau Pulas(633)

Kulim (643)

 
   

Pulau Pinang

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Sungai Dua (357)

 

Telok Air Tawar (840)

 

Sungai Acheh (808)

 

Bayan Lepas (458)

 

Teluk Bahang (801)

 

Pulau Betong (395)

 

Perak

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Selama (619)

Selinsing (809)

Kamunting (887)

Bukit Gantang (986)

Lubok Merbau (53)

Kuala Sepatang (758)

Manjoi (132)

 

Bukit Chandan (959)

 

Manong (231)

 

Pasir Panjang (304)

 

Rungkup (613)

 
   

Selangor

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Kuala Selangor (460)

Sabak (399)

Sungai Besar (399)

Ijok (739)

Bukit Melawati (806)

Morib (766)

 

Tanjung Sepat (682)

WP Kuala Lumpur

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Titiwangsa (866)

 

WP Putrajaya

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

   

N9

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Klawang (282)

Sikamat (510)

Ampangan (89)

 

Pilah (113)

 

Melaka

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Machap (152)

Bukit Baru (48)

Telok Mas (701)

 

Johor

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Labis (353)

 

Gambir (310)

 

Paloh (103)

 

Pasir Gudang (935)

 

Kelantan

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Ketereh (974)

Wakaf bharu (978)

Kok Lanas (169)

Tendong (978)

Selising (107)

Gual periok (615)

Semerak (985)

Bukit Tuku (879)

Machang (805)

Bachok (201)

Air Lanas (47)

Jelawat (102)

Dabong (229)

Gaal (302)

 

Pulai chondong (919)

 

Guchil (492)

Terengganu

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Jertih (930)

Kuala Nerus (610)

Jabi (782)

Tepuh (229)

Kuala Berang (449)

Teluk Pasu(109)

Kemasek (898)

Bukit Tunggal (652)

 

Ladang (924)

 

Alur Limbat (645)

 

Bukit Payung (613)

 

Manir (588)

 

Rantau Abang (141)

Pahang

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Cameron Highland (462)

Tanjung Lumpur (796)

Benta (901)

Sabai (117)

Dong (481)

 

Damak (64)

 

Luit (401)

 

Bentong (379)

 

Sabah

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Kota Marudu (842)

Matunggong (320)

Kiulu (44)

Kadamaian (889)

Beaufort (673)

Tamparuli (383)

Paginatan (979)

Api-api (795)

Nabawan (342)

Klias (179)

Karamunting (855)

 

Elopura (251)

 

Sarawak

Bn menang majoriti kurang 1000

Pr menang majoriti kurang 1000

Baram (363)

Sarikei (505)

   
   
   

395678_572367659470245_1110514921_n

Wednesday, April 24, 2013

Jangan dicampak syurga itu

Assalamualaikum wbt…hari ni bicara rohani sikit…

dah menjadi lumrah manusia utk tidak menghargai apa yg ada di sekelilingnya….namun apabila sesuatu itu kabur dan sudah tiada dari pandangan mata maka barulah kekesalan timbul di hati…

maka di sini aku tegaskan bahawa bertuahlah kamu sedandainya masih mempunyai ibu dan bapa…bagi mereka yg sudah kehilangan ibu bapa pasti terkesan…

dengan adanya ibu bapa di sisi, maka berbaktilah…berlembutlah dengan mereka, layanlah mereka umpama raja, penuhilah hajat2 mereka sekadar yang termampu, dan berusahalah untuk membahagiakan mereka…

anda kenal ibu dan bapa anda, bukanlah mereka meminta emas seguni atau dua, cuma secebis perhatian saja…maka janganlah dikecilkan hati mereka…kerana perbuatanmu itu bakal mencampakkan syurga2 kamu dengan tanpa sedar….

percayalah bahawa rezeki dah berkat itu juga adalah dari doa ibu dan bapa…lama mana sgt mereka nk berhidup di dunia ini sebelum mereka tiada?mungkin tahun ini atau tahun depan?atau dua @ tiga tahun?adakah itu masa yg lama utk kamu memberikan perhatian kepada org tuamu?

patuhlah kepada mereka, agar mereka merasa senang dengan adanya kamu di sisi mereka…

CIMG0118

ni gambaq lama~

Tuesday, April 23, 2013

Jumpa Wifey!

okeh, ari jumaat ni wife dtg miri…tp dia ikut jalan jauh…pegi kk dulu pastu baru patah balik ke miri…nk spent time together…biasala PJJ mmg camni la caranya…

n GB pun dah sahkan n menyokong pertukaran aku kali ke 9 ni…mana tau ada la rezeki kali ni nk balik pindah…sbb kali ni aku mintak p parit buntaq…dok dekat ngn mak n pak…

n itu jugak sbg satu alternatif utk dekat jugak dgn mak lang aku serta mertua…ya la, nk ke ipoh pon sejam, nk ke Bukit Mertajam pub sama jugak 1 jam…hehe

INI KALI LAH!!!

C360_2012-12-09-20-51-17

Thursday, April 18, 2013

Percaturan Baru

AGAKNYA SENGAJA CALON YG DILETAKKAN MENIMBULKAN RASA TAK PUAS HATI PENYOKONG2…SUPAYA CALON SEDIA ADA @ CALON KEGEMARAN @CALON TEMPATAN BERTANDING SBG CALON BEBAS…UNDI PUN DPT DIPECAHKAN, N KALO CALON BEBAS MENANG, MAKA BOLEH DISERAP KEMBALI KE DALAM PARTI…

SECARA TAK LANSUNG PIHAK TERSEBUT MELETAKKAN 2 CALON MEREKA DALAM SATU2 DUN…

644409_610208785672569_122731798_n

Sunday, April 14, 2013

NASIHAT:::Aduh Aku Kantoi…

555060_510582398978207_989077836_n

sendiri mau jawab…huhu!

Bila pahat sudah berhenti berbunyi

20121025_143358

rumah ni masa br dpt kunci kot…togel lg..belum buleh wat apa2…

salam all…hihihihi~lagi tentang perkembanagn rumah…dulu kitorg ada pegi ikea utk servey perabut rumah…ada la beberapa kriteria yg membuka minda utk hiasan dalaman rumah tu nanti…

main idea adalah untuk asingkan ruang tgk tv n ruang sembang…maksudnya ruang tgk tv tu khusus utk tgk tv rilek2 baring, manakala ruang sembang tu lebih kepda satu slot selesa utk berbual2 ngn tetamu atau parents…

kredit to IKEA sbb tlg kitorg clear the mess in our head…hehe…

C360_2012-12-20-20-14-49

ruang tgk tv should b mcm ni la..simple…but the chairs tu mcm tak sesuai…ingt nk wat lapang ja bawah tu letak byk2 bantai2 peluk n huggable pillows..

ow, pastu sempadan antara tpt tgk tv dgn ruang sembang tu kena letak chair @ mini bench yg membolehkan aku n family tgk2 tv n sembang2 sekaligus…

adus sekali dah sembang mcm apa dah ni…

tak pa lah…idea byk sgt sbb excited so tgk ja la pas ni apa nk jadi…perabut dh leh masuk pas pasang awning n grill…tgk ja la apa yg jadi nti eh…hihi!!!

Thursday, April 11, 2013

Kesian Mak Sy!huhu! =(

assalam…arini kita bincang sikit pasai kes mak2 @ ayah2 kita guna teknologi zaman skrg…nak dijadikan crita mak sy beli samsung galaxy tab 2 7inch..masa dpt tu kitorg pun xcited la setting kt dlm tu segala akun fb n emel bagai…

apa yg sedeyhnya ialah

v

v

v

v

satu hr mak sy kol sy tak dpt sbb tpt sy tadak line, ada miskol notification ja…pahtu wife kol, habaq kata mertua aka mak sy kol dia tny kt dia pasai cmana nk login akaun fb..mak sy terlogout namun tatau cmana nk login balik…

emel pun tak ingt apatah lg password…cian dia tau…sy kol mak sy…instruct dia dr dalam fon ja ttg cara2 nk login akaun fb dia…

n ternyata dia tatau nk login…

sampai kini dah 4 ari mak sy tak login fb….

cian dia!!!huhuh

:::mak, nti adik balik adik tlg mak loginkn akaun fb mak keh:::

C360_2012-10-26-18-36-06_org

ni la mak sy…dia seorang yg penyayang…walaupun dia mcm bertegas ngn anak2 tp dia tunjukkan syg dia kat kt binatang2 sekelilingnya…tgk pics ni, monyet2 liar yg terabai pun dia kasi makan tau…sanggup dia p kutip buah2 yg gred rendah kt pasar buah utk bg monyet liar ni makan…mak sy mmc comel~

i love u mom~

Thursday, March 14, 2013

Amalan Ketika Wuduk

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, ... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kauhitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)

430176_456632437692350_15992371_n

Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :

1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.

Maksudnya :

Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no 991.

* Tatacara mengerjakannya

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlas sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbihisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadith Riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no 1683.

solat

Sunday, March 10, 2013

Tian Chua oh Tian Chua

Tiap2 kali berita ada ratus2 laporan polis dibuat pasal kes Tian Chua tu...tangkap ja la dia, reman ka, bicara ka...ni tak ada apa2 tindakan jugak...kalo tangkap atau tahan, kompen ada pihak2 yg puas hati...so isu ni tak perlu lg nk di drag ke media...letih dh dgr bnda ni kt brita...ke mmg nak kasi panas dgn niat menanam kebencian?

cer cari btul2 kt youtube apa yg Tian Chua cakap...ucapan penuh...jgn amek yg cut2 dr brita tv3 @ tv1...kita rakyat malaysia mmg hormat pejuang2, kesal dgn pemergian perajurit negara, tidak menggalakkan keceluparan mulut, tp penyelesaian segera diperlukan...

step gangnam

Friday, March 8, 2013

Layan Nasihat Sikit Tak Salah Kan?

tak ada apa sgt pun, ni ja…ala…pasai bnda wajib la jugak ni…pasai aurat…aurat tu kan wajib tp sstgh org ambik ringan…n bila dah tutup aurat pun tak salah kalo kita sempurnakannya…bukan kira hipokrit atau apa…cuma biasala,kita ni kan makhluk, dan itukan Allah yg suruh~

644452_429386650480092_871478751_n

Sunday, February 24, 2013

Sindrm Print Screen Benda yg Tak Patut di FB

belakangan ni tgk byk sgt org suka print skrin kt fb…byk manfaat yang bleh diperolehi malahan byk juga ygtak da manfaatnya…

ada pihak2 yg bertindak men”troll” individu @ kumpulan2 lain untuk menarik perhatian atau menimbulkan isu…

yg baru ni kena kt Corrie Adam, saudara baru kia…

engkau tak patut, tak patut, tak patut…

printscreen wall post dia then ramai2 buat bahan nk mengata…tak baik noo…

lg bagus kalo kita prinscreen ilmu2 baru ka, ibarat kata yg boleh memberi faedah kepada yg turut membaca…

tak bleh bila bila ada yg komen keterlaluan…nti Allah balas balik kalo kena ke kita tak da masalah sbb bleh tanggung sendri, cuba kena ke anak bini ka, mak ayah ka, keturunan kita ka…syiok gitu?hehe~

551392_542530815777716_1806530198_n

ni la cth dia…nak kata sana sini abes semua skli kena…tak mau camni~

Tuesday, July 31, 2012

PRINTSCREEN:::MASALAH AIR LAGI

okeh, berikut adalah masalah2 air kt kawasan sekitar Baram ni…perlu diingatkan bahwa kitorg terpaksa bergantung harap dengan air hujan yang ditakung semata-mata…hehe

ayaq1

ayaq2

ayaq3

ayaq4

ayaq5

ayaq6

hehe…tak mudah tau nk berkhidmat dalam ulu ni…sekian~

Friday, July 27, 2012

PUASA:::APA ARTINYA?

SEDANGKAN NYAWA YG DITIUP KEPADAMU ITU DIKEMBALIKAN KEPADANYA NANTI.

ITU UDARA YANG KAMU SEDUT ITU DILUAHKAN KEMBALI.

MAKANAN DAN MINUMAN YANG MASUK KE DALAM BADAN KAMU AKAN DIKELUARKAN KEMBALI

HARTA KEKAYAAN KAMU DIPULANGKAN KEMBALI MALALUI ZAKAT.

KECANTIKAN DIKURNIAKAN ILAHI DITUNTUT SUPAYA DITUTUP.

JASAD JUA DIKAMBUS DI DALAM KUBUR.

KENAPA MASIH BEGITU.

ADAKAH DUNIA KAMU YANG PUNYA.

ADAKAH HARTA ITU HAK MILIK KEKAL.

ADAKAH KAMU TERKECUALI DARI HISAB.

ATAU MARTABAT TINGGI?

TIDAK, TIDAK DAN TIDAK…

Tuesday, May 22, 2012

TIPS:::19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

DSC_4537

copy paste from www.loveloveislam.com